Wednesday, 15 May 2013

Hargailah Pasangan Anda =)

Assalammualaikum wbt :)


Ehem. Mood aku hari ni tak tau lah kenapa. Nak kata berbunga ada lah sikit-sikit. Haha menyempat nak kata sedang berbunga.tssskk! Tapi nak kata bengang pun ada. Tapi yang pasti aku pandai mengawal perasaan yang bercampur-baur ni. Anyway tajuk entri aku tu macam dan lebih kepada sebuah penghargaan dalam perhubungan . Dan lebih kepada yang dah berpunya. Walau aku single *hehe single sangat tau* 
Like a couple yang sedang hangat bercinta-cintun gitu. 
Actually dari pengalaman dan sekadar perkongsian dari hati. Chewaahh kau jah! haha!
Ingat ye, pengalaman mematangkan diri. 
Tetibe -.-' 

Siapa yang tak pernah ada pasangan kan. Semua orang ada. heyy budak darjah 6 pun dah pandai bercouple ok. Tak nak kalah. Tak salah nak bercouple dik oiiii tapi lepas la SPM dulu >.<' 
Bawak dating anak orang pun guna duit mak ayah kot! 
Uhuk! erm 

Harga, hargai , menghargai dan penghargaan. Perkatan yang sama tapi maksud yang berlainan. Kalau perkataan harga korang tak tahu jugak apa maksud tu, bukak kamus la ye. Mak malas nak ajar -.-' 
haha! Ok just focus what i want to share with uolls. Pengalaman ' berkawan ' masa zaman muda la sangat dengan seseorang buat aku rasa terpanggil untuk menulis entri ni. bukan tujuan untuk menilai dari segi apa jua sudut pun. just pengalaman sahaja. Sambil-sambil beri aku pengajaran. 
That's all. 


motif letak gambar ni??
 Haiwan pun saling harga menghargai gitu  ^^,
inikan manusia .

Terima Seadanya

Hmmm. Kunci penting untuk terus berada dalam kebahagiaan dan terus mempunyai rasa cinta terhadap pasangan ialah “Menerima Pasangan Seadanya” Andai kita nak cari pasangan janganlah mengharapkan perfect 100% sangat . Terima lah seadanya dengan hati yang ikhlas sempurnalah hidup bersama nanti. Semua orang tahu kan tak kan ada yang lebih sempurna melainkan TUHAN yang SATU.  DIA jadikan kita, maka sempurnalah dengan apa yang ada pada diri kita sekarang. Terima pasangan pun seperti mana kita terima diri kita sendiri. Itulah sebaiknya Dan disitulah penerimaan yang benar-benar seadanya. 
Dan Insya Allah andai sampai jodoh aku, aku terima dengan seadanya =) hihi. 





Jujur Dan Saling Percaya 

Dalam kehidupan berpasangan mestilah ada kejujuran, kepercayaan. Itu sangat penting andai mahukan hubungan yang kekal berpanjangan. Yang si teruna jauh di utara , yang dara nun di selatan. Jauh sangat. Perlu ada ada kepercayaan.  Masing-masing berusaha nak jaga hati satu sama lain. kalau boleh tak nak ada perbalahan. Tapi bukan senang tau. Hal yang kecik pun boleh jadi besar. Terus ubah pendirian sekejap je. Itu lah adat dan lumrah dalam kehidupan berpasangan. Kalau sebelum-sebelum mulut dengan penuh keyakinan berkata semua boleh dihandle, hakikat sebenarnya kita tak akan tahu kesudahan yang macam mana. Sebab itulah jujur itu lebih baik dari sembunyikan sesuatu yang boleh membawa perbalahan. Dan saling percaya itu perlu untuk menjaga silaturahim hubungan yang terjalin. 

Hargai Dan Memahami 

Menghargai. Sangat penting dalam sebuah perhubungan. Hargai pasangan anda supaya mereka tak cari yang lain. Hihi. Iklan ketawa jap! Haruslah saling memahami. Kan membawa bahagia. Ini tidak, dia dengan keras kepala tak nak faham pasangan. Lama-lama hubungan jadi renggang je kan. Tak perlu ikutkan hati dengan kehendak masing-masing. Kalau dengan ego yang tersendiri entah sampai bila agaknya hubungan tu kan?? Memang la orang ramai yang berkata bukan senang nak memahami seseorang tu.

Tapi kalau dah tak ada kesungguhan untuk menyelami dan memahami pasangan masing-masing, macam mana ?kena la pandai nak amek hati. Pengalaman aku selama berkawan dulu-dulu , aku sangat-sangat memahami mereka. Ye kot. haha. Tapi serius aku boleh faham. Tapi mereka susah untuk memahami aku yang tersangat simple ni. Dan aku cukup menghargai tapi susah untuk dihargai semula. Huhu. Nak sedih tak guna. Tak minta untuk kenang jasa dan pengorbanan tapi kalau dah pasangan kita dengan sikapnya yang endah tak endah, jadi biarkan lah berlalu macam tu. Cuma hargailah apa yang dah dilakukan oleh pasangan kita tu. sekurang-kurangnya dia tahu yang dia sangat diingati walau tak sepenuhnya. 



Cubalah mengerti dan memahami pasangan anda. Tidak salah untuk berbuat demikian kerana dia adalah peneman hidup anda, segala-gala yang akan anda tempuhi adalah bersamanya, dan jika anda menerima dia seadanya, nescaya hidup anda bersama insyaAllah akan terus bahagia. Kerana ini bukan kisah tentang cinta sahaja, tetapi ianya kisah tentang kehidupan.

*Terimalah pasangan anda seadanya *
Sekian, terima kasih =) 

2 comments:

  1. nice...redha la..aoe yg kita ade itulah yg terbaik wat kita...jdoh ptemuan dtgnya dri Allah..kita hnya mampu berdoa agar dbri jdoh yg terbaik...miss u cygggg!!!!

    ReplyDelete
  2. azieee :'( rindu kamu jugak... hope u getting better dear ;)

    ReplyDelete